proses ubi segar |
baru siap digoreng |
Seperti Biasa...........Selain kueh tradisi dan moden , Menu wajib bagi setiap rumah adalah kerepek Ubi dan Pisang........Tak Lengkap sekiranya dua jenis menu ini kalau tak ada ......Isu harga kerepek ini memang jadi bualan peniaga dan pengguna.......Maka untuk menambah , kami ingin mengatakan Harga Kerepek ubi dan Pisang akan makin bertambah.....bertambah sehingga ketarikh puncak Hari Raya...
Baca Artikel ini -
SEPANG: Harga kerepek pisang tahun ini dijangka naik berikutan penularan wabak penyakit layu bakteria pisang (moko) yang dikatakan sudah merebak ke seluruh negara selepas ia mulai melanda ladang buah itu di beberapa negeri sejak 2007.
Difahamkan, harga kerepek pisang di pasaran boleh mencecah kepada RM22 hingga RM28 sekilogram berbanding di bawah RM18 sebelum ini.
Perkara itu diakui sendiri pengusaha kerepek memandangkan kesukaran mereka mendapatkan bekalan pisang, sehingga ada terpaksa mendapatkan bekalan dari Sabah untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Ketua Penolong Pengarah Unit Lindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Selangor, Misrudin Hadis berkata, penyakit moko mula dikesan melanda Johor selepas banjir besar di negeri itu pada akhir 2009 dan awal 2007.
Katanya, penyakit yang disebabkan bakteria ‘ralstonia solanacearum ras 2’ kemudian merebak ke Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan terbaru di Perak dan Kedah.
“Penyakit ini memberi kesan yang amat besar terhadap pengeluaran hasil pisang. Sebagai contoh di Selangor, unjuran hasil bagi ladang seluas satu hektar yang mempunyai 1,100 pokok pisang boleh mencecah RM22,000 bagi tuaian pertama, RM16,000 tuaian kedua dan RM9,000 bagi tuaian ketiga.
“Namun, apabila pokok pisang diserang penyakit moko, petani langsung tidak mendapat hasil menyebabkan kebanyakan mereka menanggung kerugian dan bekalan pisang berkurangan,” katanya.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Provet, Mohamad Subhi Mohd Mashri dan Pengarah Pembangunan, Nasrun Din.
Nasihat kami...Buatlah persediaan awal utk ramadhan dan hari raya nanti......beli lah keperluan yg utama utk keluarga dan diri sendiri........Terapkan nilai 2 sunnah Rasullulah didalam kehidupan pasti banyak hikmah nya......kan Ramadhan itu medan latihan kita dalam mentaati Allah dan RasulNYA..
Dari itu ..kami mukmingood industries mengajak anda untuk bersama sama memajukan ekonomi ummah , memperkasa kan ekonomi ummah . menguat kan iman , mensyiar dakwah dan berzakat..
Belilah barangan buatan pengusaha Islam..jangan terpedaya dengan kueh kueh moden yg melambak lambak di pasaraya ....yang kita sendiri tahu kueh kueh demikian bukanlah pembuatan orang islam...malah kueh kueh itu dikatakan didatangkan dari Pengilang bukan islam ..made in Kafirin
gambar hiasan |
Tuan /puan saudara semuslimin.....berpikirlah sepuluh kali atau lebih sebelum anda membeli produk produk sedemikian.....jangan nanti kerana tangan kita yg membeli , anak cucu kita yg memakan nya lantas menumbuhkan sifat dan jiwa yg kososng dari agamanya....
Lihat lah anak anak Islam kita sekarang ini........
Begitulah mesej yg hendak disampaikan........
Apa yg Baik datang nya dari ALLAH SWT
Dan Yg Lemah/Buruk itu adalah Saya sebagai Hamba NYA
Comments