Google+ Followers

m3niaga

Monday, 2 May 2011

Sejarah Kueh Bijan Berkualiti dan Terbaik dari MukminGoods Industries






Assalamaulaikum .....
Sejarah Syarikat ini bermula dengan perusahaan secara kecil kecilan keluarga di dalam pembuatan Kueh yang mempunyai nama unik .
Keluarga kami mula berniaga kueh bidaran di sekitar Batu Pahat , Johor . Sehingga Kini , Kami telah melebarkan perusahaan kueh Redan ni hampir ke seluruh kawasan Johor , Pahang , Pantai Timur , Utara dan Sabah . Kuih Onde onde ni memang special sikit...pasal banyak sangat namanya....Itu yang menjadi satu tarikan kepada Syarikat kami untuk menjadikan kuih ini sebagai  produk utama kami .Kueh bijan nampak mudah untuk dibuat tetapi sebenarnya memerlukan kepakaran yang khusus sewaktu mengadun resepi ( tidak boleh lokek santan dan telur jika nak rasai kerangupan dan ke enakkannya !! -Gorengannya perlu teliti..
.Untuk mendapatkan hasil dan konsenstasi rasa terbaik , perlu lakukan R&D selalu..banyakkan bertanya dan uji sampel ) 
Kini , kami telah membuka cawangan kilang 
kami di Banting , Selangor yang merupakan antara pusat industri Kerepek terkenal di seluruh Negara . . Kini hampir 4 tahun di banting sebagai pembekal kuih ini , bukan sahaja kuih ini kami mengusahakan , kami juga membuat pelbagai kerepek dan biskut , roti  khususnya pada hari raya aidilfitri / aidil adha....jangan hairan , produk kami juga mendapat sambutan hangat dari kalangan orang india dan Orang Cina..pasal produk kami menepati standard kuih ini...maklumlah ..kalau salah adunan , kuih ni boleh jadi kuih Patah gigi....Keras !! sebab tu ada orang panggil kuih ni kuih Peluru !!!
Sehingga kini , proses kuih ini kami lakukan secara home made ..( pakai tangan utk mengetelnya ) dan di dimasak dalam kawah !! bukan deep fryer....Namun kami juga menjalankan kajian untuk mengeluarkan mesin kueh bijan ini pada masa terdekat demi memenuhi pertambahan permintaan yang semakin tinggi .
Bantuan dari
Fakulti kejuruteraan UPM serdang Malaysia amat banyak membantu kami dan pihak Iks yang lain .Sekalung perhargaan dan terimakasih kepada Dr.Rosnah + Team yang banyak memberi sokongan moral dan Teknikal . Harap 2 Mesin kueh Bijan ini akan berjaya beroperasi sepenuhnya pada masa tidak lama lagi .
Kenapa kuih ini ada banyak nama.... Ramai pengusaha kueh ini pun tak tahu nak menjelaskan secara tepat....yang pastinya kuih bulat berisi tepung dan di saluti bijan memang ada banyak nama....biar saya beritahu nama nama kuih ini ...
1- kueh Bidaran 2- kueh Redan 3- Onde onde 4- kuih Bijan 5- kuih buah rotan 6 - kuih peluru 7- kuih keciput ( indonesia ) 8- kueh jaran...hanya ada 8 nama dalam pengetahuan kami...sekiranya anda ada nama lain bagi kuih ini , sila reply atau komen disini ya ...kita kongsi info....
Wassalam by : Mgoods
Post a Comment